UtusanDaily

Friday 8 January 2016

‘Urusniaga’ gaya 1MDB VS urusniaga Kerajaan Pulau Pinang

mykmu

Blogger pro-Umno baru-baru ini menyamakan urus niaga kerajaan Pulau Pinang dengan penjualan tanah oleh 1MDB kepada konsortium (http://www.malaysiakini.com/news/325589). Perbandingan ini tak lain untuk ‘menghalalkan’ penyelewengan oleh 1MDB. Ada beza yang sangat besar antara urus niaga yang menguntungkan rakyat dan penjualan tanah demi membayar hutang.

Penjualan tanah yang melibatkan perjanjian dengan syarikat asing bukan hal yang baru di Pulau Pinang. Urus niaga seperti itu sudah dijalankan sejak syarikat antarabangsa (MNC) pertama mula beroperasi di Bayan Lepas pada 1970.

Kerajaan negeri Johor merupakan contoh lain yang menjalankan urus niaga dengan syarikat asing untuk tujuan menggalakkan perkembangan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam temuramah (bit.ly/1O6HY7W) pada Mac 2015 menyatakan betapa Johor berpotensi tinggi dalam menarik pelaburan asing.

Urus niaga seumpama ini telah banyak menguntungkan negeri dengan menyediakan banyak pekerjaan. MNC membantu Industri Sederhana Kecil (SMI) dan Enterprise Sederhana Kecil (SME) untuk meluaskan pasaran ke peringkat global dan menyediakan lebih banyak peluang kerja. Pertumbuhan ini menyebabkan Pulau Pinang digelar “Silicon Valley of Malaysia”.



Jadi sangat tidak tepat untuk mengatakan urus niaga dengan Jabil Inc sebagai menjual kepentingan negara. 20 ekar tanah yang dibeli Jabil Inc pada harga RM30 juta di Batu Kawan pada Mei tahun lalu bakal membawa pelaburan bernilai RM1 bilion dalam masa lima tahun termasuklah melalui pembinaan kilang pembuatan yang sekali gus membuka 2,500 peluang pekerjaan kepada penduduk.


Sama juga dengan usaha sama (JV) yang melibatkan Penang Development Corporation (PDC) dan Singapore’s Temasek and Economic Development Innovation Singapore (EDIS). Perlu diingat usaha sama itu untuk membangunkan Projek Perdana BPO (Business Processing Outsourcing) atas tanah 6.8 ekar – di lokasi sama pejabat PDC beroperasi.

Ini akan membolehkan Pulau Pinang terus mendapat hasil dari sektor BPO dan SSO (Shared Services Outsourcing). Di Pulau Pinang, pelaburan syarikat-syarikat SSO dengan status MSC antara 2009 hingga 2014 mencecah RM4.073 bilion dan menyediakan 8,000 pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduk tempatan.

Bandingkan ini dengan penjualan 60% pemilikan di Bandar Malaysia oleh 1MDB. Penjualan itu kepada konsortium yang terdiri dari China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC) (40%) dan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (60%) dengan harga RM7.41 bilion, dan harga ini masih belum muktamad.

Soalan yang perlu ditanya adalah: Bagaimana Malaysia mendapat hasil daripada penjualan oleh 1MDB itu? Dan kenapa dana strategik digunakan untuk jual aset? 1MDB telah menyatakan penjualan itu untuk mengurangkan beban hutang akibat Ringgit jatuh.

Sekarang bandingkan ‘urus niaga’ 1MDB dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Perbezaannya sangat jelas. 1MDB untuk bayar hutang, sedangkan kerajaan Pulau Pinang untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.


Sumber:
http://www.thesundaily.my/news/1418320
http://www.themalaysianinsider.com/citynews/georgetown/article/another-global-firm-sets-up-plant-in-batu-kawan/another-global-firm-sets-up-plant-in-batu-kawan
http://www.themalaymailonline.com/money/article/penang-signs-rm1.3b-joint-venture-with-temasek-and-edis
http://www.thesundaily.my/news/1506276
http://www.thesundaily.my/news/1656780
http://www.thesundaily.my/news/1653448

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive