UtusanDaily

Friday 19 February 2016

Anak TPM malas layan debat dengan Srikandi PKR...


‘Anak menteri paling popular’ masa kini iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid muncul memberi reaksi mengenai cabaran debat yang dikemukakan Srikandi PKR namun enggan mengulas lanjut dan tidak mahu melayan kerenah parti itu.

Dalam satu mesej ringkas kepada sebuah portal, anak Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “komen saya, tindakan lebih kuat daripada perkataan.”

Sebelum ini, Srikandi PKR melalui naib ketuanya Farah Afzan Faridi tampil mencabar Nurulhidayah berdebat dengan ketua mereka, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Farah mendakwa kenyataan Nurulhidayah berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini “menghina golongan belia”.

“Persoalan pertama yang dibangkitkan ialah siapa beliau untuk mengeluarkan komen yang sebegitu dan sebagai ‘ikon belia’ jelas beliau juga gagal untuk mempertahankan kepentingan rakyat khususnya golongan belia di negara ini.

“Kepada Nurulhidayah, saya mengharapkan beliau menerima cabaran debat ini dan jangan hanya lagak berkokok di media semata-mata,” kata Farah lagi.

Untuk rekod, anak TPM tersebut pernah mengeluarkan pandangan bahawa isu pengambilan buruh asing tidak dipersoalkan oleh bukan Melayu kerana mereka mampu berjaya melalui hasil usaha gigih sendiri.

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?” katanya semalam.

Berusaha untuk mempertahankan hasrat kerajaan itu, beliau juga turut menambah kemasukan ramai pekerja asing tidak harus dijadikan isu sebenarnya.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh?” katanya.

Kenyataan dan laporan tersebut dilaporkan oleh Tv14 sebelum ini “HABIS, HENDAK BAWA PEKERJA KOREA KACAK BEKERJA DENGAN KITA, BOLEH? – ANAK TPM – Tv14

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive