UtusanDaily

Monday 29 February 2016

Apa mereka ingat Umno ini milik ahli majlis tertinggi ke? – Khairuddin

DATUK_KHAIRUDDIN_AG_MACC

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berpendapat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sepatutnya mengusulkan untuk menggantung jawatan presiden parti itu sehingga siasatan skandal 1MDB selesai dilakukan. – Gambar The Malaysian Insider

Kenyataan media Dato Seri Khairuddin Abu Hassan:

MAJLIS TERTINGGI UMNO SEPATUTNYA USULKAN UNTUK GANTUNG JAWATAN PRESIDEN UMNO

Keseluruhan ahli-ahli majlis tertinggi umno sepatutnya mengusulkan untuk menggantungkan jawatan presiden umno sekurang-kurangnya buat sementara sehingga selesai kes siasatan skandal 1mdb, wang derma rm2.6 billion serta wang syarikat src rm42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya tamat secara rasmi!!

Imej najib tun razak kini amat tercemar dan terpalit dengan belenggu rasuah serta salah guna kuasa

Puak-puak bangang kaki bodek minda lemah yang menduduki majlis tertinggi umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden umno kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti umno!! Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti umno!!

Inilah akibatnya sekiranya umno ditadbir oleh kalangan bangang!! Ianya bukan saja merosakkan imej peribadi mereka tetapi juga telah menjahanamkan reputasi umno secara langsung!!

Tengok kes penggantungan jawatan timbalan presiden umno cukuplah!! Tan sri muhyiddin yassin menang melalui proses pemilihan yang dipilih oleh keseluruhan perwakilan dari seluruh negara boleh dipecat secara sewenang-wenangnya apabila bercakap mengenai isu-isu penting demi kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair termasuk parti umno!!

Majlis tertinggi umno tidak lagi menghormati kehendak ahli-ahli umno yang senantiasa mahukan tokoh-tokoh pemimpin lawan rasuah dan penyelewengan!!

Malahan, semua kaki bodek minda lemah otak udang ini buat parti umno seolah-olah bapa mereka yang punya!! Apa mereka ingat parti umno ini milik ahli-ahli majlis tertinggi umno ke?!

Hakikatnya, jawatan yang patut digantung adalah presiden umno itu sendiri!! Bukannya jawatan timbalan presiden yang sedang berjuang untuk menegakkan kebenaran!!

Parti umno sudah lingkup akibat ditadbir oleh puak-puak bangang kaki bodek minda lemah otak udang yang cukup haprak!!

Umno kini sedang dimandikan jenazah, sedang dikafankan serta sedang menuju ke liang lahat untuk dimakamkan secara berkekalan!! Masa depan umno amat kelam!!

Sumber asal Khairuddin Abu Hassan Facebook

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive