UtusanDaily

Sunday 14 February 2016

'Saya tak nafikan Umno juga ada masalah'

Annuar Musa
ALOR SETAR - Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mempunyai keupayaan untuk menangani dan menyelesaikan apa juga isu yang melanda parti berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Beliau berkata apa juga isu yang timbul dalam parti merupakan lumrah dalam politik.

Katanya Umno yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini akan terus berdepan dengan pelbagai isu yang diputar belit oleh pihak tertentu termasuk parti pembangkang.

"Ini realiti dalam politik ... kami terpaksa beri penjelasan yang betul kepada rakyat.

"Saya tak nafikan yang kami (Umno) ada (tidak terlepas daripada) masalah ... kami ada keupayaan untuk tangani perkara ini berdasarkan pengalaman mengatasi beberapa krisis politk yang besar sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan Umno Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini hari ini.

Beliau memberi contoh baru-baru ini parti pembangkang telah memberi gambaran seolah-oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menghentikan tajaan kepada pelajarnya sehingga mengundang persepsi negatif terhadap agensi kerajaan itu.

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata sebaliknya Mara telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar.

Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu, beliau akan berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap parti itu yang telah diputarbelitkan oleh parti pembangkang.

"Kami mahu Umno negeri dan bahagian melaksanakan gerak kerja penerangan secara efisien dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Katanya beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi Umno sebelum merangka gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive