UtusanDaily

Saturday 26 March 2016

Isu banglo: LGE tak payah cuti ketika siasatan – Tun M

Tarrence Tan | March 26, 2016

Guan Eng tidak perlu bercuti kerana bukannya didakwa pihak berkuasa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

mahathir_lim-guan-eng_sprm_600

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti ketika siasatan dakwaan rasuah terhadapnya dijalankan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, Guan Eng tidak perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya didakwa oleh pihak berkuasa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

“Yang mendakwa Guan Eng rasuah adalah media dan bukan pihak berkuasa. Beliau tidak perlu cuti ketika siasatan dijalankan.

“Saya juga pernah dituduh rasuah ketika dahulu dan jika saya bercuti kerananya susah sebab banyak kerja perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kes yang dihadapi Guan Eng adalah berbeza dengan kes dana sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, kes Perdana Menteri jelas menunjukan banyak bukti wujudnya penyelewengan dan pelanggaran undang-undang.

“Jelas sekali kes Najib kini bukan sekadar dakwaan. Ada banyak bukti dan kerana itu kita mahu Najib meletakkan jawatan,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP ditekan banyak pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya bercuti ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendedahkan pada sidang Dewan Rakyat bahawa Guan Eng membeli banglo di Jalan Pinhorn, George Town di bawah harga pasaran.

Guan Eng didakwa membeli banglo itu daripada pemilik asal yang dikatakan mempunyai hubungan dengan syarikat yang membida tanah di Taman Manggis, George Town untuk dibangunkan sebagai pangsapuri servis mewah dan pusat perubatan.

SPRM dan polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada orang awam mengenai perkara itu dan sudah pun membuka kertas siasatan.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/26/isu-banglo-lge-tak-payah-cuti-ketika-siasatan-tun-m/#sthash.aoys1BuW.dpuf

15,000 Tok Bomoh Seluruh Malaysia Yakin Dengan Kepimpinan Najib Razak



HAMPIR 15,000 orang yang terlibat sebagai Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) seluruh negara hari ini tampil menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, para pengamal PTK berkenaan memberi sepenuh kepercayaan terhadap Najib Razak untuk terus memimpin negara ini, sekali gus tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu menggulingkan institusi Perdana Menteri yang dipilih melalui sistem demokrasi.

Ikrar taat setia dan sokongan itu diwakili oleh Majlis Solidariti Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari dengan motto “solidariti membawa rahmat” dalam satu sidang media yang dilakukan di Lembah Klang pada petang Jumaat.

Berdasarkan tinjauan kebangsaan yang dilakukan, pengguna perkhidmatan PTK ini di seluruh negara telah mencecah kira-kira 69.4 peratus dari rakyat Malaysia.

Pengamal PTK di negara ini semakin diterima dan berkembang pesat kerana Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan biodiversiti tropika yang merupakan sumber semulajadi untuk produk-produk kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan. – Tv14



- See more at: http://www.tv14.my/2016/03/25/15000-tok-bomoh-seluruh-malaysia-yakin-dengan-kepimpinan-najib-razak/#sthash.rEPbClTQ.dpuf

Rupa-rupanya idea menggulingkan NAJIB ini adalah idea Ku Li


Nawar Firdaws | March 26, 2016

Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

mahathir
PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/26/ku-li-dalang-gulingkan-najib-dakwa-tun-m/#sthash.THq3CkTC.dpuf

Minum Air Kelapa Muda Ketika Musim Panas - Pakar Dietetik



KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Orang ramai disaran agar meminum air kelapa muda ketika cuaca panas sekarang.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata ini kerana ia mampu mengembalikan suhu badan peminumnya kepada paras normal.

"Air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

"Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

"Untuk lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula. Beli sebiji kelapa muda yang belum dipotong dan minum airnya yang segar," katanya kepada Bernama.

Ridzoni berkata di samping meminum air kelapa muda, meminum air buah-buahan juga adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Beliau berkata air buah-buahan mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah) yang berperanan sebagai bekalan tenaga dalam badan.

Beliau turut menyarankan orang ramai untuk meminum sekurang-kurangnya 2.5 liter air kosong bersamaan atau 10 hingga 12 gelas sehari.

Menstabilkan cecair dalam badan adalah perkara yang amat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang amat panas dan kering, katanya.

Cuaca panas akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia ekoran berlakunya proses dehidrasi yang cepat sekali gus ia boleh memberi kesan kesihatan seperti diserang strok haba yang boleh membawa maut, tambahnya.



Dalam mengamalkan corak makanan yang baik ketika menghadapi musim panas, Ridzoni menyarankan agar orang ramai mengamalkan menepati masa makan seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam kerana makanan juga boleh menyumbangkan sebahagian kepada jumlah cecair kepada badan.

Beliau berkata dalam cuaca panas sekarang, orang ramai juga perlu banyak memakan nasi lembut atau nasi bubur bagi meningkatkan jumlah kuantiti air dalam badan mereka selain mengambil ulam-ulaman untuk meningkatkan pelbagai mikronutrien dalam badan yang boleh membantu menggantikan makronutrien yang hilang akibat perpeluhan.

"Amalkan mengambil makanan yang dipotong kecil dan mudah dikunyah agar mudah dihadam dan diserap serta tidak memerlukan banyak tenaga untuk mengunyah dan meningkatkan haba badan dan perpeluhan," katanya.

Ridzoni turut menasihati orang ramai supaya mengelak daripada meminum kopi, air berkarbonat atau beralkohol kerana minuman itu memberi kesan diuretik.

"Minuman itu akan merangsang pengeluaran air kencing dan akibatnya badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus," jelasnya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar menghindarkan mengambil makanan pedas kerana ia akan meningkatkan haba badan dan berlaku perpeluhan.

Sementara itu bagi mereka yang berpenyakit buah pinggang dan jantung yang perlu mengawal jumlah air minuman seharian mereka termasuk untuk memakan ubat, terdapat empat petua utama yang boleh mereka kongsi:

* Jumlah air yang perlu diminum disukat dalam botol dan diasingkan.

* Jika minum, sila tuang dari botol tersebut.

* Jumlah air yang diminum mesti diminum sedikit-sedikit secara berkala dan bukan sekali gus

* Mengelap badan dengan tuala basah setiap sejam sekali bagi mengelakkan kekeringan dan pecah kulit.

-- BERNAMA

IGP engkar akan arahan Mahkamah yang memerintahkan beliau memohon maaf dalam kes Aminulrasyid

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan memohon maaf atau meletakkan jawatan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati beliau bersalah kerana kemungkiran awam berhubung kematian remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh anggota polis, Koperal Jenain Subi enam tahun lalu.

"Mohon maaf?

“Pasal apa pulak saya nak mohon maaf? Saya tidak akan mohon maaf,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan memohon maaf kepada Aminulrasyid keluarga.

Ketika diminta mengulas kenyataan Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mahu beliau meletakkan jawatannya, Khalid tidak bersetuju.

“Bukan dia saya punya tauke,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Khalid, yang ketika itu adalah Ketua Polis Selangor yang dinamakan antara defendan itu, membayar ganti rugi berjumlah hampir RM414,800 kepada keluarga Aminulrasyid.

Mahkamah juga membenarkan tuntutan pihak keluarga terhadap Khalid sebanyak RM100,000 atas dakwaan memberikan kenyataan yang seolah-olah cuba menyembunyikan tindakan pegawai bawahannya.

Khalid pada sidang akhbar hari ini enggan mengulas mengenai sama ada atau tidak beliau akan merayu, tetapi berkata bahawa keputusan akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Apa hebatnya Abdullah Badawi sehingga dilantik menjadi penasihat Petronas..!!

Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baru, berkuat kuasa 1 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.


"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan pada 11 Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Sementara itu, Abdullah berharap dapat menyumbang dan membantu pengurusan Petronas bagi mencapai pencapaian lebih tinggi.

Abdullah dalam satu kenyataan berkata beliau amat menghargai pelantikan itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kepercayaan yang diberi kepadanya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia di atas pelantikan saya sebagai penasihat Petronas," katanya.

- Bernama

Friday 25 March 2016

Miskinnya PEMUDA UMNO SELANGOR....terbiar tanpa belas kasihan...!!



SHAH ALAM - Ketua pemuda Umno bahagian di negeri ini mendakwa sayap itu telah ‘terbiar’ selama dua tahun oleh pimpinan atasan parti namun mereka tetap bekerja keras demi parti.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop mengingatkan pimpinan atasan Umno agar sering menjenguk mereka selain turut menyalurkan bantuan kepada ahli sayap itu.

“Jika sudah beri nasihat dan bantuan tapi Pemuda Umno Selangor masih lagi tidak begitu cemerlang, bolehlah nak tegur, nak marah.

“Tapi ini dua tahun mereka buat tak tahu, tiba-tiba baru-baru ini kami dikatakan tidak bekerja. Itu tidak adil bagi kami. Kalau lihat Facebook ketua-ketua pemuda bahagian, semua bergerak aktif,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri memperkukuhkan semula parti dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Harapan.

Beliau turut mendakwa kekalahan Umno ketika PRU13 yang lalu bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya Umno sendiri yang lemah.

Ahmad Mua’adzam turut menyokong kenyataan Ketua Pemuda Umno Selangor, Zuraini Zainal yang mendakwa sayap-sayap parti itu bukan tidak menjalankan tugas demi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan sebaliknya tiada peruntukan diberikan untuk menganjurkan program.

“Saya kira ini sebagai ‘trigger’ kepada orang atas. Tengok-tengoklah kami, kalau perlu beri nasihat, nasihatlah. Kalau perlu beri bantuan, beri bantuan.

“Antara tanggungjawab yang utama sebagai pemimpin yang di atas bukan sahaja menuju kemenangan BN di masa hadapan tapi juga tanggungjawab untuk menyediakan pemimpin pelapis yang hebat. Bukan hanya tahu menuding jari sahaja.

“Kita perlu ada sesi ‘one to one’. Sama-sama bincang dan bergerak, barulah adil. Bagi saya, tidak perlu ada kegusaran bahawa pemimpin muda hari ini nak cepat naik ke hadapan. Tidak. Kuasa nak menaikkan pun mereka juga, jadi, apa mereka nak risau?,” katanya.

Beliau turut mendakwa telah mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program sayap itu berjalan namun beliau mengakui tidak tahu sampai bila mampu bertahan dengan keadaan itu.

Sementara, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Fakhzan Md Noor berkata, peruntukan itu hanya satu isu, namun beliau melihat ada isu lebih besar yang tidak dititikberatkan oleh parti.

“Sejak 2008, sekarang ini sudah masuk penggal kedua, BN hilang kuasa di Selangor. Kita tak nampak ada apa-apa perancangan untuk merampas kembali Selangor. Kalau nak tawan sesebuah negeri kita mesti ada perancangan yang jelas. Kemudian, datanglah bajet. Maknanya kena ada perancangan itu.

“Perkara ini bersifat dalaman dan tidak perlu dibesarkan tapi apabila media tanya, kita kena jawablah. Sebelum kita bertindak kena ada laluan yang jelas kalau tidak, sukar. Macam menembak, kita kena tahu sasaran kita. Kalau tidak, kita main tembak sajalah,” katanya.

Tambahnya, “kita ada personaliti yang sama sejak 2008. Dalam pengurusan yang tertinggi, kita ada personaliti yang sama (juga) pada 2013."

"Kita kena tengok baliklah. Kalau kita nak menang tapi masih guna strategi yang sama, tanpa kita mengubah ‘mindset’ itu, kita tidak akan pergi ke mana-mana.”

Akui cabaran Pemuda Umno di Selangor dan Wilayah Persekutuan berbeza dengan kawasan-kawasan lain, Mohamad Fakhzan berkata, isu-isu nasional menjadi faktor utama yang mempengaruhi pengundi selain isu-isu setempat.

“Tapi kalau kita buat sebanyak mana program pun tapi isu nasional kita gagal jelaskan, tidak ke manalah. Kebanyakan kawasan kalau kita teliti ada banyak juga kawasan bersifat marginal yang kita menang majoriti 1,000...2,000 undi. Tapi apa strategi kita untuk tambah pengundi baharu?

“Untuk tujuan itu, kita perlukan dana dan perancangan. Kalau tak ada dua-dua itu, bagaimana kita nak tambah pengundi baharu? Pada saya yang menarik golongan muda ini adalah media sosial, polisi-polisi nasional. Untuk menang, kita kena ada ‘blueprint’,” katanya.

Inilah rahsianya kenapa Najib Tak Saman-saman Lagi WSJ sampai sekarang...


Setelah minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.. akhirnya terdedah juga kenapa hingga ke hari ini Najib masih belum saman WSJ yang pada mulanya dikatakan memfintan dirinya tentang RM2.6 Billion itu..

Bukan kerana Najib takut akan terbongkar segala kebenaran.. bukan juga kerana Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat seperti yang didakwa Peguam yang mewakilinya..

Bukan kerana Najib tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana kononnya...

Tapi.. sebenarnya kerana beliau terlampau penyabar...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar. 
Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia. 
"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar. 
"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu. 
"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di sini, hari ini. 
Beliau juga sempat bergurau mengatakan, "kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi...lebih baik kita lari." 
Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
"Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, 'saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat bukan pemimpin yang populis'," katanya. 
Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat. 
"Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif. 
"Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang," katanya lapor Sinar

Kah.. kah.. kah.. penyabarlah sangat..
http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2016/03/oh-patutlah-najib-tak-saman-saman-lagi.html 

Kereta menteri Laju tak kena saman, tetapi Ambulan bawa pesakit jika laju kena pula saman



Kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menjelaskan, ia kerana kebanyakan kereta yang dinaiki menteri adalah untuk urusan rasmi kerajaan.


Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi.

“Kereta kerajaan, (jika) kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis.

“Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu.

“Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

“Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung soalan yang dibangkitkan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) dalam Dewan Rakyat kepada kementerian dalam negeri mengenai kadar saman kesalahan jalan raya dan jumlah saman yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.


Sunday 20 March 2016

Benarkah Isa Samad, Isteri dan Anak Kumpul Harta Dengan Hancurkan FELDA?

Laki bini ni perlu dinyahkan dari felda kalau nak selamatkan ratusan ribu peneroka felda

Dah dua kali Najibuntuya tukar kepimpinan FELDA. Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Datuk Faizoull Ahmad telah diberhentikan tugas sebagai Pengurus Besar FELDA. Tapi Felda makin teruk. FGV terus menjunam.

Semua orang hendak ditukarkan, diberhentikan kerja dan dipersalahkan tetapi Isa Samad, isterinya Bibi Sharliza dan anaknya, yang berfoya-foya dengan wang keringat dan susah payah peneroka FELDA di seluruh negara, tetap kekal di dalam pengurusan FELDA.

Bukan rahsia lagi bagaimana Bibi Sharliza menggunakan FELDA sebagai tempat untuk dia buat duit dan bela kroni. Untuk mengimbangi nafsu isterinya dan bagi mengurangkan pula rengekan daripada anak-anaknya, Isa Samad melantik salah seorang anaknya ke dalam pentadbiran FELDA yang menjaga marketing dan promosi.

Atas kertas memang macam tu la.

Tapi pada 7 Mac 2015, Isa Samad yang sudah mulai gentar apabila rahsia terdedah, mula mengugut Najibuntuya apabila SPRM memanggil anaknya untuk merakamkan percakapan berhubung pembelian hotel mewah bernilai ratusan juta ringgit di London.

Siasatan SPRM ke atas anaknya, membuka laluan kepada Isa Samad untuk berbaik-baik dengan Mahathir si tua Firaun itu bagi memberikan tekanan kepada Najibuntuya.

Kita singkap balik, sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah menjalankan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan:

(1) 65% kakitangan pengurusan FGVH percaya IPO yang dicadangkan akan gagal sepenuhnya.

(2) 55% pula melihat FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.

(3) Hanya 20% pengurusan Tertinggi FGVH menyokong penyenaraian ini.

Siapa pengurusan tertinggi FGVH yang kuat menyokong penyenaraian tersebut?

Mereka adalah golongan yang diketuai oleh Bibi Sharliza dan terpaksa dipersetujui oleh Isa Samad kerana kes sayang bini punya fasal.

Isa Samad telah menjadikan FELDA dan FGVH sebagai harta pusaka peninggalan nenek moyang mereka. Dengan meletakkan pelbagai kroni sepertimana yang Bibi Sharliza lakukan dengan memasukkan semua kroni dan ahli keluarga dalam FELDA dan FGVH.

Terbaru, Isa Samad sendiri mengaku tentang usaha FELDA mahu meminjam duit KWSP berjumlah RM6 bilion. Di sebalik cerita tentang FELDA untung RM1 bilion, sekarang mahu pinjam pula?

Pada masa yang sama, saham FGV merudum di bursa sehinggakan FGV dikeluarkan dari senarai top 30 kaunter. Sekarang pula urusniaga sahamnya telah digantung.

FELDA mengalami kerugian beratus juta ringgit melibatkan pelaburan dalam syarikat Felda Iffco Sdn. Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle Easet dan Felda Global Ventures Arabia.

Beberapa pendedahan melibatkan Isa Samad, Bibi Sharliza, anak lelakinya dan kroni-kroni Isa Samad sudah mulai didedahkan di beberapa tempat.

Tembelang Isa Samad sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Niat Isa Samad dan Bibi Sharliza untuk menjahanamkan FELDA bagi tujuan kekayaan peribadi mereka, sudah terbuka luas.

Najibuntuya tidak punya pilihan lain, kecuali melakukan rombakan besar ke atas FELDA dan FGVH dengan membuang kesemua anasir Isa Samad-Bibi Sharliza di dalam syarikat tersebut.

Kalau tidak, sejarah FELDA akan mencatatkan, arwah bapanya wujudkan FELDA, si anak pula musnahkan FELDA semata-mata hendak jaga Isa Samad laki bini.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive