UtusanDaily

Friday 1 April 2016

Benarkah NAJIB merupakan PM paling hodoh & menyusahkan rakyat??

NAJIB PM PALING HODOH DAN MENYUSAHKAN RAKYAT?


Najib Razak mencatatkan sebagai seorang perdana menteri paling huduh dan menyusahkan rakyat di negara ini mungkin sehingga abad ini. Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia terpaksa memikir mengenainya, tetapi dunia lain juga memberi perhatian kepadanya.

Dunia jagi geger dengannya.

Semua benua memberi tumpuan kepada Najib dan menanti apakah kesudahannya nanti.

Najib bukan sahaja menarik pemerhati politik dalam negaranya, tetapi di luar juga. Dia menjadi seolah penggerak baru dunia.

Tengoklah laporan media massa dunia semua melapor dan memperkatakan hal Najib.

Kedudukan Najib hari ini juga boleh menyapu rekod cemerlang yang dicatat oleh bapaknya Razak Husein sebagai PM Malaysia yang ke-2.


Najib dan Malaysia tercemar apabila beberapa isu yang mengelilingi dirinya seperti skandal kewangan membabitkan jumlah yang banyak.

Angka popular dikaitkan dengan Najib RM2.6 bilion, dan angka itu bertambah menjadi sekali ganda, di mana hari ini nilai skandal membabitkan Najib berjumlah lebih RM4 billion.

Itu laporan atau "fitnah" terbaharu. Isu Najib berpanjang memasuki tiga tahun.

Belum pernah berlaku sebelum ini pembesar Malaysia dikaitkan dengan skandal berskala besar seperti dihadapi Najib.

Najib adalah mencatat rekod berkenaan dan mustahil rekod itu akan dapat diatasi sesiapa menjadi perdana menteri Malaysia selepas ini. Kalau campur Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin jadi PM pun masih belum terlawan Najib.

Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai PM terzalim dan kejam kerana memenjarakan timbalannya Anwar Ibrahim, pun tewas kepada Najib.

Najib sebenarnya bukan sahaja ikut memenjarakan Anwar untuk menjaga kuasanya, tetapi melakukan kerosakan dan pencemaran politik lebih daripada itu. Ini yang orang terkejut dan berasa pelik dengannya.

Sama ada segala tuduhan ke atas Najib itu benar atau merupakan fitnah, tetapi ia telah meletakkan Najib di ranting teratas dan Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang pemimpinnya huduh dan busuk.

Kalau ia fitnah tentu ada sebab musabab yang terarah ke situ? Dan sebagai perdana menteri dan kerajaannya Najib harus membersihkan fitnah berkenaan. Itu tanggungjawab, tetapi tanggungjawab itu diabaikan begitu sahaja.

Pendedahan mengenai angka skandal Najib didedahkan oleh WSJ. WSJ bukan calang-calang akhbar seperti Harakah atau Utusan Malaysia.

Najib mengancam untuk menyaman akhbar berkenaan beberapa kali. Tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ.

Malahan akhbar berpusat di London itu makin galak menggeletek Najib.

Segala tuduhan dan tohmahan terhadapnya, gagal dijawab oleh Najib. Aparat kerajaan, Polis, SPRM, AG dan sebagainya digunakan Najib wewenang dengan penuh tektikal bagi meredakan keadaan dan menyakinkan rakyat kepada kepimpinannya, namun ia gagal.

Terbaharu telah berlangsung Kongres Rakyat, gerakan massa terbesar untuk menyingkirkan Najib.

Najib dan pentadbirannya dikaitan dengan pelbagai isu hanya setelah setahun sahaja beliau mengangkat sumpah menjadi PM ke-6 Malaysia.

Jenayah dan skandal adalah ikon kepada masalah pentadbiran Najib. Apa dilakukan Najib lebih teruk dan dahsyat daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Jenayah pertama yang dikaitkan dengan Najib dan ia hampir mejerumuskan PM itu ialah pembunuhan modeling dari Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Walaupun kes itu sudah dianggap selesai dan si terdakwa sudah dihukum, namun jenayah itu tetap membayangi Najib.

Ia dianggap belum selesai apabila timbul berbagai-bagai perkembangan terbaharu dan kemisterian tentangnya dari masa ke semasa.

Rakyat Malaysia dan dunia masih berasa belum tuntas mengenai kes berkenaan.

Proses keadilan terhadap jenayah itu masih dilakukan oleh keluarga mendiang Altantuya. Sementara timbul pula berbagai perkembangan dan penemuan bukti baharu berhubung kejadian itu.

Apa yang dinamakan SD daripada salah seorang terdakwa yang sudah terhukum menerbitkan persepsi menyangsikan dalam kes berkenaan.

Dan "pelindungan" diberikan kepada Sirul Azhar Umar di Australia, tambah menjadikan jenayah itu hidup dan diperkatakan.

Kes pembunuhan Altantuya terus dikaji dan didiknosis oleh dunia. Setiap kajian itu pula ia tidak dapat tidak akan mengaitkan dengan Najib.

Selain Najib diputar dan terbelit dengan jenayah itu, dia juga berhadapan dengan kredibiliti dirinya yang dilihat dipengaruhi oleh isterinya Rosmah Mansor.

Rosmah diperkatakan banyak mempengaruhi Najib bukan sahaja dalam soal rumah tangga, tetapi pentadbiran negara juga sehingga menjejaskan wibawa Najib sebagai PM.

Bahkan kedegilan Najib untuk berundur setelah tertekan dengan asakan rakyat, dipertahankan oleh Rosmah. Rosmah dianggap roh kepada Najib sebagai PM.

Rosmah mengatur Najib bukan sahaja dalam hal ehwal rumah tangga, ekonomi mereka, tetapi dalam pentadbiran, juga termasuk pembentukan Kabinet. Apakah benar atau tidak peranan Rosmah, tetapi dakwaan itu sudah menjadi cakap-cakap umum. Yang bercakap bukan kalangan politik tetapi pelajar, kaum ibu dan pegawai kerajaan. Ahli Umno termasuk kawan Najib juga bercerita secara senyap dan mereka meluat dengan isteri PM itu.

Keborosan Rosmah dalam berbelanja dan menggunakan kemudahan Kerajaan seperti jet eksekutif telah merosakkan imej Najib sebagai perdana menteri. Najib dan isterinya berbelanja lebih daripada golongan bangsawan belanja.

Selain daripada skandal kewangan dan campur tangan isterinya, Najib juga rosak ekoran beberapa tragedi dan kejadian lain menimpa negara.

Misalnya kehilangan MH370 yang kini masih tidak ditemui. Rentetan itu juga penembakan sebuah lagi pesawat MH 17 di Ukrain. Tragedi itu menjadikan Najib dikenali dan Malaysia disebut oleh mulut dunia. Apakah mungkin kejadian itu sebagai bahana ke atas pentadbiran Najib yang dipertikaikan itu?

Malang bagi Malaysia, negara ini sepatutnya dikenang indah serta sebagai sebuah negara sedang membangun di Asia Tenggara yang menuju mercu kejayaan sebaliknya sejak ia diambil Najib Malaysia dikenang dan diimpikan sebagai sebuah negara yang menuju porak peranda.

Orang Melayu mungkin juga berasa sedih dengan Najib kerana dia bukan sahaja merosakkan nama negara tetapi dia juga memusnahkan parti Umno yang dianggap parti keramat itu. Dia membunuh legasi agung bapaknya sendiri. Umno mungkin selepas ini tidak akan ada lagi ia bakal musnah bersama Najib.

‪#‎saveMalaysia‬
‪#‎beranikeranabenar‬

SUMBER

Kenapa NAJIB guna adiknya untuk bagi 'dedak' kepada jentera parti..bukan pemimpin Umno..??


Berikutan pendedahan The Wall Street Journal bahawa Najib memberikan wang kepada adiknya itu dan kemudian Nazir juga mengakuinya, beberapa persoalan kini sepatutnya ditimbulkan.

- Mengapa Najib menggunakan khidmat adiknya sendiri untuk mengagih-agihkah wang kepada jentera-jentera parti?

- Mengapa beliau tidak menggunakan saluran parti seperti melalui Bendahari Agung dan Setiausaha Agung untuk melakukan pengagihan itu?

- Apakah Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO ketika itu serta  Naib-Naib Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein mengetahui mengenai pemberian wang kepada jentera parti diarahkan Najib kepada Nazir itu?

- Adakah pengagihan wang kepada jentera-jentera parti dengan menggunakan khidmat adiknya itu pernah dimaklumkan secara rasmi kepada UMNO oleh Najib?

- Jika pun Najib tidak begitu mempercayai Muhyiddin, Zahid Hamidi atau Shafie Apdal berkaitan dengan wang, mengapa beliau tidak menggunakan khidmat Hishamuddin misalnya, sepupunya sendiri yang kebetulan ada kedudukan kanan dalam UMNO untuk melaksanakan tugas itu?

- Sekali lagi, mengapa Nazir yang lebih dipercayainya untuk melakukan kerja-kerja parti dan bukan jentera parti yang sah dan sedia ada serta sentiasa menyokongnya untuk berbuat demikian?

- Selain adiknya, mungkinkah ada lagi individu lain di luar parti yang turut diberikan peranan oleh Najib melakukan pengagihan wang kepada jentera parti sebelum pilihanraya 2013 itu?

Ahli UMNO patut mula menyoal Najib tentang hal ini kerana ia berkaitan parti dan perjuangannya, bukan tentang pengurusan sebuah syarikat adik-beradik atau kaum keluarga?

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/04/kenapa-najib-suruh-adiknya-bukan.html

Wednesday 30 March 2016

Untungnya jadi KHIR TOYO...6 bulan penjara dah bebas dah walaupun hukuman mahkamah tetapkan setahun

Khir Toyo keluar penjara hari ini

Khir Toyo keluar penjara hari ini

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan menjalani hukuman parol bermula hari ini.

Ahli Lembaga Parol yang bermesyuarat pagi tadi bersetuju meluluskan permohonan peguam bekas Menteri Besar Selangor itu selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan, lapor RakyatPost.my.

Melalui sistem parol bermaksud banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol untuk tinggal bersama keluarga.

Mohamad Khir sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Mohamad Khir yang juga bekas Adun Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Tuesday 29 March 2016

Dakwaan perbelanjaan kononnya dari Najib di akaun AmBank - kereta, percutian, barang kemas...

  
Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:
  1. Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  2. Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  3. Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
  4. Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
  5. Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  6. Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  7. Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  8. Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  9. Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  10. Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/335723

Timb. Menteri Dalam Negeri ugut Dr Mahathir dengan AKTA HASUTAN

'Lagi Dr M cakap, lagi banyak bahan siasatan polis'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak "di luar jangkaan” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ketika mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mahathir Ahad lalu yang ingin lakukan perkara “outside the box” untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Dia bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk lakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan.

"Tidakkah tindakan dia itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?" katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat pelbagai kenyataan perdana menteri 22 tahun itu, Nur Jazlan berkata siasatan akan dilakukan.

"Pihak polis sedang menyiasat. Lebih banyak dia (Mahathir) cakap, lebih banyak bahan untuk polis siasat.

"Jika keputusan (siasatan) menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kita akan mengambil tindakan," katanya lagi.

Dr Mahathir membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno sebagai bisu, pekak & buta

Dr M: Umno bisu, pekak, buta paksa saya bersama DAP


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno yang marah kerana dirinya bersama pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil mengakui kerjasama itu memang pelik dan aneh kerana mereka adalah musuh ketat, namun katanya, beliau dan Lim mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

“Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno.

“Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib.

“Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong,” tulisnya di laman blog.

Menurut Dr Mahathir, kerana kepentingan diri dan tamak, ahli Umno dan pemimpin parti itu sanggup menjual kepentingan diri, bangsa, negara dan agama.

Soalnya apakah mereka berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit negara dan mengenakan cukai GST ke atas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM42 billion.

“Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin.

“Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. (Tan Sri) Shahrir (Samad) mengaku dia terima satu juta dan (Datuk) Ahmad Maslan dua juta. Takkan yang lain tidak dapat habuan,” katanya.

Negara rasuah

Dr Mahathir berkata Najib yang memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU-13 juga telah memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai satu daripada sepuluh negara yang mengamal rasuah terbesar.

Katanya, Najib sendiri dicemuh di seluruh dunia.

“Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap Umno, terhadap orang Melayu, terhadap negara,” katanya.

Atas sebab itu, menurut Dr Mahathir berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib dan membidas ahli-ahli Umno yang menyelar kejasama itu.

“Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang.

“Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain,” katanya.

Dr Mahathir seterusnya meminta ahli-ahli Umno yang pernah diterajuinya supaya jangan menyoal dirinya tetapi menyoal diri sendiri.

“Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari kerajaan berharga RM60 setiap kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500 bagi satu kaki persegi?” soalnya.

Beliau mengakhiri tulisannya dengan berkata “kami tak makan dedak sesiapa.”

Kongres Rakyat diadakan di Shah Alam pada Ahad lalu yang menyaksikan 19 pemimpin, termasuk Dr Mahathir mengambil bahagian dengan menyatakan sebab mengapa Najib mesti berundur.

Hadir sama adalah beberapa pemimpin Umno seperti timbalan presidennya yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang dipecat, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pemimpin Umno itu dirakamkan menjulang tangan dengan musuh-musuh politik mereka seperti Datuk Seri Azmin Ali, Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar.

Kumpulan itu juga sedang mendapatkan satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.

Menteri terlalu banyak makan dedak ayam – Khairuddin

khairudin
PETALING JAYA : Menteri Kabinet Malaysia disamakan dengan ayam yang makan terlalu banyak dedak sehingga sukar untuk mengingati segala benda.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata, ayam yang terlebih makan dedak menyebabkan haiwan ternakan itu menjadi lali sehingga tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling.

“Mungkin juga menteri-menteri UMNO pun terlalu kenyang sehinggakan mereka tak tahu apa yang berlaku.
“Kalau semuanya mereka tak tahu; jadi persoalannya apa yang mereka tahu? Sehinggakan duit hilang dengan jumlah yang besar pun mereka kata tak tahu.

“Jadi adakah puak kaki bodek minda lemah otak udang ini semua kabinet kayu yang semuanya mereka tak tahu? Apa kerja mereka pada hakikatnya?,” katanya menerusi kenyataan.

Tanpa menyebut nama, kenyataan Khairuddin itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek yang sebelum ini menjawat Menteri Belia dan Sukan.

Kedua-dua menteri itu dilaporkan tidak tahu menahu kegiatan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM100 juta.

Seorang pegawai kanan KBS didakwa terlibat dalam kegiatan itu telah ditahan bersama beberapa lagi suspek bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiapkan siasatan lanjut sebelum pendakwaan. | MalaysiaKini

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive