UtusanDaily

Saturday 23 April 2016

Kes-Kes Rasuah Tidak Akan Didakwa Jika Najib Terus Berkuasa


Lebih banyak kes rasuah tidak akan didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, kata Salahuddin Ayub.

"Hampir semua orang tahu (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri menyatakan Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang boleh kita harapkan dari kerajaan yang dipimpin parti yang dipanggil parti perasuah oleh Dr Mahathir dalam soal pendakwaan kes rasuah?" katanya.

Menurut Salahuddin, walaupun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mesti dipertanggungjawabkan kerana tidak melaksanakan pendakwaan ke atas kes rasuah yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi beliau tidak fikir Abdul Gani berani berbuat demikian tanpa persetujuan pemimpin atasannya.

"Seperti yang digambarkan dengan begitu terus-terang oleh bekas Ketua Hakim Negara (Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah) baru-baru ini, badan perundangan negara ini sangat takut kepada kuasa eksekutif.

"Sebab itulah, sukar dipercayai Abdul Gani berani bertindak sendirian tanpa dipersetujui oleh para pemimpin kerajaan Umno," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagi Salahuddin, pendakwaan selektif atau berpilih bukanlah perkara baru kerana bantahan dan protes rakyat terhadap perkara itu kedengaran begitu lantang sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Sebab itulah, katanya, rakyat tidak terperanjat apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Beliau yakin, tidak ada penyelesaian lain kepada masalah itu melainkan dengan memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang.

"Apa yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bukan untuk dianalisa dan dikupas. Tidak ada masa lagi untuk itu.

"Ia hanya memerlukan satu jawapan sahaja, pastikan Umno dan BN tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang," tegas beliau.

Menurut Salahuddin, Umno adalah "ibu segala masalah", dari kes rasuah hinggalah kepada pembantaian wang rakyat "tidak kiralah RM250 juta atau RM589 juta seperti yang difaraidkan oleh Umno kepada kroni-kroninya".

Mohd Shukri mendedahkan, pejabat Peguam Negara sering mendakwa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-12, bertajuk Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti .

Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar Peguam Negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar Peguam Negara. Peguam Negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari Peguam Negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fidlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.

Selain Mohd Shukri dan Rafizi, dua ahli panel lain wacana tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah dan penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar.

Friday 22 April 2016

Muhyiddin, Shafie, Mukhriz tidak layak bertanding pada PRU14 atas tiket UMNO

umno
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak mewakili parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dituju kepada Timbalan Presiden UMNO digantung parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, ketiga-tiga individu itu tidak layak membawa suara UMNO, kerana telah mengkhianati perjuangan parti dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap Presiden.

“Jika mereka (Muhyiddin, Shafie, Mahathir) tidak menyokong UMNO dan Perdana Menteri, maka tidak wajarlah mereka mewakili UMNO (pada PRU akan datang),” katanya di Ibu Pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ketiga-tiga pemimpin tersebut masih layak mewakili UMNO pada PRU14.

Mohd Ali yang juga Ahli Dewan Negara berkata, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz bukan sahaja tidak layak mewakili UMNO, malah mereka tidak layak menganggotai Majlis Tertinggi parti itu.

“Jika mereka terus mempertikaikan kepimpinan dan UMNO, tak sependapat dalam keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi, maka tidak wajarlah untuk mereka terus berada dalam Majlis Tertinggi.

“Ini memang disiplin parti dari dulu, kalau tak setuju cakap dalam Majlis Tertinggi. Bila dah diputuskan, itulah yang kita pegang, tak boleh kata setuju, tapi di luar tak setuju.

“Inikan pula mempertikaikan UMNO, Perdana Menteri serta keputusan yang telah diputuskan bersama, maka tak wajarlah kita berada dalam kumpulan sama,” kata Mohd Ali yang juga bekas Naib Presiden UMNO.

Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz adalah antara pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri, terutamanya melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad dan derma RM2.6 bilion.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/22/muhyiddin-shafie-mukhriz-tidak-layak-bertanding-pada-pru14-atas-tiket-umno/#sthash.1vdrxrMi.dpuf

KU LI dikatakan bakal dilantik TPM ke 2 Malaysia...!!!


KU LI BAKAL DILANTIK TPM KEDUA?


Selesai Jumaat tadi, selepas menikmati sepinggan nasi beriani, saya terlelap seketika dalam kereta. Walaupun tidur di siang hari, tapi saya tidak bermimpi apa-apa.

Saya terjaga apabila seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.

Sebab apa?

Si pemanggil memberikan tiga sebab perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak:-

- sebagai 'hadiah'  kerana sudi menurunkan tandatangan sokongan melalui Deklarasi Kelantan.

- untuk mengukuhkan lagi kedudukan Najib bagi berhadapan dengan Tun Mahathir Mohamad.

- mengimbangi kedudukan Zahid Hamidi yang didakwanya sudah mula 'pasang angan-angan'  untuk menjadi Perdana Menteri.

Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?

Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga, kata pemanggil tadi penuh yakin.

Hmmmmm....(SH 22/04/2016).

Wednesday 20 April 2016

Awas !! Ada kedai pomen penipu di NILAI 7 yang hisap darah pelanggan


salam geng... saya nak beritahu sikit



pada semua jika kereta rosak di kawasan senawang, nilai atau seremban lagi lagi kalau highway... dan towing cakap ada bengkel tak... kalau dia nak introduce bawak pergi nilai 7 jaga jaga lah geng...

mula2 dia kata owhh ini kecik punya hal dalam rm140 sahaja dan duit towing rm150.. tp bila sampai sana..kereta anda akan barai seperti dalam gambar dibawah... kawan saya kena terus tel saya katanya macam kena game... naya jer... padahal cable plug jer yg rosak tapi dia pg bukak enjin tue pasal apa...?? 

hancur wey dia mintak 3-4ribu bhai... mmg jahanam... yg jaga kedai dan owner kedai mmg macam gangster india badan siap bertatu... kawan aku tel... dah agak benda nie berlaku... 

aku pun dtg tel kawan nilai suruh turun jugak dekat 10org dtg kedai dia... perbalahan pun berlaku... tapi bila salah sorang dari kami bertindak ganas dan nak panggil lagi ramai dtg dia pun cakap ok lu boleh angkat kereta blah... jangan kacau saya punya tempat... 

kalau korang nak tau sebelum tue kita orang nak ambik keta dia tak bagi malah dia mintak rm1200 tujuan workmanship yg dia dah baraikan kereta.. 

dan kalau korang nak tau ada dekat 20biji ++ kereta kena barai tayar pulak empat2 kena bukak gantung jer ntah sapalah owner kesian...... jadi jaga jaga lah yer geng...

pada kenalan tg nak share sila share...

Tuesday 19 April 2016

Faktor wanita punca cubaan bunuh komando


MELAKA: Siasatan awal polis mendapati faktor wanita menjadi punca seorang komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, cedera teruk dipukul dan cuba dibunuh di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin. 

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata pihaknya sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu, tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini. "Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa. "Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, sebentar tadi. 


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Koperal Mohd Daud Karim, 26, cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai Timun. 


Terdahulu, mangsa dipercayai dipukul di bahagian kepala menggunakan kayu dan batu bata oleh empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan. 

Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145241

Rafizi persoal kenapa TABUNG HAJI tidak menyaman beliau sehingga sekarang

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan agensi itu memberi jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya.

Menurut Rafizi, sekiranya isu ditimbulkan beliau adalah fitnah dan menjatuhkan reputasi Tabung Haji, agensi itu sepatutnya mengambil tindakan saman sivil terhadap beliau di mahkamah.

"Sebaliknya, Tabung Haji membuat laporan polis dengan niat supaya saya didakwa di bawah akta jenayah," katanya dalam satu kenyataan media.

Rafizi berkata tindakan itu tidak mengejutkan kerana kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara yang kebetulannya adalah ahli lembaga pengarah Tabung Haji.

"Jika pengurusan Tabung Haji berharap “kebetulan” ini akan memudahkan saya didakwa di mahkamah, sudah tentu ia akan dicabar oleh peguam saya kerana pendakwaan itu boleh ditafsirkan sebagai pendakwaan terpilih atau pendakwaan yang berpunca dari pertembungan kepentingan (conflict of interest)," ujarnya.

Katanya, pendakwaan di bawah akta jenayah lebih mudah disabitkan berbanding tindakan saman di bawah undang-undang sivil yang mengambilkira haknya sebagai ahli parlimen untuk membuat komen munasabah (fair comments) atau berdasarkan maklumat yang diketahuinya (qualified privileges).

"Tambahan pula, tindakan saman oleh Tabung Haji di bawah undang-undang sivil perlu membuktikan bahawa komen-komen saya mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah berniat jahat.

"Semua pembuktian dan hak memberi komen di bawah pembelaan “fair comments” dan “qualified privileges” tidak wujud di bawah akta jenayah. Pendakwa selalunya hanya membuktikan bahawa saya telah mengeluarkan kata-kata tersebut," katanya.

Rafizi berkata, dalam beberapa kes melibatkan beliau, terdapat kecenderungan pimpinan Umno dan badan-badan kerajaan membuat laporan polis supaya beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan saman sivil.

Sehubungan itu kata Rafizi, sekiranya tuduhan beliau tidak benar dan memfitnah Tabung Haji, agensi itu wajar mengambil tindakan saman terhadapnya di mahkamah dan bukan dengan membuat laporan polis.

Semalam, Tabung Haji dalam kenyataan medianya menafikan lembaga itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Lembaga itu juga menyatakan telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan dan dokumen-dokumen yang disebarkan Rafizi.

https://www.malaysiakini.com/news/332132

Adakah ANNUAR MUSA cuba mengatakan NAJIB juga tidak bermoral

Shahbudin Husin,

Kata Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa, adalah suatu kesalahan dari segi moral bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli banglo dengan harga di bawah nilai pasaran.

"Dia kena terima terima hakikat....dari segi moral memang salah.

"Dia sebagai seorang penjawat awam, dunia tahu dia membeli satu aset pada harga yang tidak munasabah dan dia tidak mungkin mendapat harga itu jka tidak kerana jawatannya sebagai Ketua Menteri," ujarnya lagi.

Kelihatannya sungguh bermoral wajah Annuar Musa bila beliau mengucapkan kata-kata seperti itu.

Tetapi, kenapa kata-kata yang sama tidak ditujukannya kepada Najib Razak?

Adakah bermoral bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya, sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ, bukan setakat RM2,600 juta, malah didakwa menjangkau RM4,200 juta jumlahnya?

Jika Najib bukan berjawatan Perdana Menteri, adakah sesiapa dalam dunia ini yang mahu memberikannya derma sebanyak itu?

Tidakkah dalam akta SPRM, menerima derma bagi penjawat awam juga merupakan suatu kesalahan?

Dari segi moral, jika Lim Guan Eng dilihat salah, adakah Najib dianggap suci bersih dan "halalan toyiban" sedangkan dari segi jumlahnya saja berganda-ganda lebih besar lagi?

Atau Annuar sebenarnya sedang melakukan sindiran dengan membaling seketul batu, tetapi menjadikan Lim Guan Eng dan Najib sebagai mangsa sasarannya secara sekaligus? (SH 19/04/2016)

TIP | Cara nak kurangkan kos bil TNB sewaktu nak hidupkan Aircond di rumah


.. last month dpt bill letrik.. increase 150% dari penggunaan biasa.. mungkin sebab penggunaan pendingin hawa yg byk since El Nino melanda.. panas sgt cuaca kt luar tu... aku cuba google mencari camner cara utk mengoptimumkan penggunaan aircond supaya tak terlalu menyedut tenaga letrik yg banyak ..

antara jawapan dan teori yg agak menarik aku dpt..

Set aircond dgn Mode " DRY".. Compressor Aircond akan menggunakan tenaga elektrik yg byk apabila dia bekerja utk menyejukan udara di bawah suhu 24°C.. apabila anda menggunakan mode " DRY ".. auto suhu paling rendah yg digenerate oleh compressor adalah 25°C.. maka compressor aircond tidak akan menggunakan terlalu byk tenaga eletrik.. dan apa yg penting bilik anda tetap Sejok dan Nyaman walaupun mode anda " DRY"

kalau korang set suhu Cool 16°C .. penggunakan tenaga elektrik secara maximum.. sejuk yg korang dpt tetap sama dgn set auto " DRY " bersuhu 25°C ianya terkumpul + waktu mlm suhu makin menurun sehingga subuh.. dont worry Allah mmg ciptakan badan kita utk pandai menyesuaikan keselesaan dgn suhu persekitaran.. sbb tu org dok kt Iceland tu relax jer walaupun suhu bawah -°C.. sbb body diorng dah auto adjust dgn suhu persekitaran utk rasa selesa...

ps : dah nk kongsi tu jer.. semoga bermanafaat... cube ler dulu.. kalau tk sejok gak.. maksudnya kena beli Aircond baru Inverter confirm jimat... hehehe

Sunday 17 April 2016

Najib kena letak jawatan PM sebab ‘bodoh’: Tun Dr Mahathir

01-tun8
BANGI, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri yang menandatangani apa-apa dokumen tanpa membacanya terlebih dahulu perlu meletak jawatan kerana ‘bodoh’.

Beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menunjukkan banyak urusan penting dan transaksi yang salah diluluskan semata-mata atas nasihat Datuk Seri Najib Razak sebagai Penasihat 1MDB, tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini berdasarkan kepada Artikel 117 memorandum dan artikel penubuhan syarikat memerlukan pengesahan bertulis yang jelas daripada Perdana Menteri bagi setiap transaksi besar yang dibuat oleh 1MDB.

“Bagaimana kita mengesahkan dokumen? Dengan menandatanganinya. Apabila kita menandatangani dokumen, maka kita mengesahkannya.

“Tetapi peguam Najib kata, itu tak bermakna Perdana Menteri mengesahkannya. Dia hanya menandatanganinya. Dia tidak tahun langsung kandungan di dalam dokumen itu, yang bermakna dia menutup mata dan menandatanganinya.

“Bagaimana seorang yang bertindak begini boleh menjadi Perdana Menteri. Saya ingin meminta Najib, berasaskan kebodohan menandatangani dokumen tanpa membaca terlebih dahulu, untuk meletak jawatan sekarang,” katanya pada forum laporan PAC mengenai 1MDB malam semalam.

Sebelum ini, Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dipetik sebagai berkata bahawa tandatangan Najib pada dokumen 1MDB adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya.

Katanya, majlis menandatangani dokumen tidak semesinya bermaksud Perdana Menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive