UtusanDaily

Thursday 5 May 2016

Ahli Umno marah Nazri sebab ajak Tun M bertumbuk

Nazri biadap, tak layak jadi menteri – Mohd Ridzuan

nazri-mahathir
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan biadap berhubung pemberhentian perkhidmatan pengiring bermotosikal polis untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli UMNO Bahagian Rembau, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kenyataan Nazri itu dilihat mampu merosakkan imej parti itu.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) memberi peringatan kepada Nazri supaya menjaga adab orang Melayu, lebih-lebih lagi Nazri adalah seorang menteri dan pemimpin.

“Beliau kata ajak bertumbuk dengan Dr Mahathir umpamanya. Kalau nak bertumbuk, ajak bertumbuklah dengan orang Thailand yang belajar tomoi ini.

“Kalau kita tak suka dengan Dr Mahathir, sebagai seorang menteri bagi cadangan hentikan polis pengiring dah la. Kenapa nak cakap bahasa-bahasa yang kurang ajar. Macam ini ke cara pemimpin UMNO,” katanya kepada FMT hari ini.

Ahad lalu, Nazri dilaporkan sebagai berkata, tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk Dr Mahathir adalah tepat dan sepatutnya telah lama dilakukan.

Menurutnya, dari segi logik kenapa perlu memberi keistimewaan kepada orang yang menentang kerajaan.

“Kalau beliau pilih untuk bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,” kata Nazri.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring untuk Dr Mahathir berkuat kuasa 28 April lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Ridzuan berkata, Nazri tidak layak menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Dia boleh tegur orang macam ini (Dr Mahathir), macam mana dengan rakyat? Rakyat lagi takut nak berurusan dengan dia. Kalau rakyat ada masalah, saya ingat rakyat takut nak berurusan dengan orang macam ini. Bersikap macam gengster,” tegasnya.

Umno akan berkubur lagi cepat sekiranya 2M dipecat

Nazri Aziz tidak sepatutnya terlalu melatah untuk membawa usul menghukum Muhyiddin dan Mukhriz kerana ia akan mempercepatkan UMNO terkubur.

nazri-aziz_muhyiddin_Mukhriz_600_12
PETALING JAYA: Cadangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencetuskan percangahan pendapat dalam kalangan pemimpin akar umbi parti Melayu itu.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusof membidas tindakan Nazri Aziz menyifatkan ia akan hanya mempercepatkan parti itu terkubur.

Ujarnya, langkah itu akan mewujudkan lebih banyak kumpulan di dalam parti kerana masing-masing daripadanya mempunyai penyokong tersendiri.

“Ada masalah sikit, semua kena pecat, lama-lama habis orang UMNO. Saya kenal Nazri, kadang-kadang saya tidak setuju dengan beliau kerana keputusannya banyak mengikut perasaan. Nazri sepatutnya menjernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi.

“Sekiranya dua pemimpin ini dipecat, UMNO akan jadi lebih teruk dan semakin lumpuh. Malah akan wujud lebih banyak lagi kumpulan dalam UMNO sebab Mukhriz dan Muhyiddin ada penyokong mereka tersendiri,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma pula menyokong cadangan tersebut.

“Kita tidak mahu ada duri dalam daging, kalau nak marah sangat kepada presiden tak perlu masuk atau bersekongkol dengan pembangkang. Dulu dia (Muhyiddin) bercakap di Kangar mana-mana pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan hari ini balik kepada dia.

“Pada saya Muhyiddin dan Mukhriz sebagai pelakon sahaja, pengarahnya di belakang tidak tahu siapa. Muhyiddin tidak sepatutnya menggunakan keduduknya untuk menghancurkan parti. Ahli parti dan semua orang sudah meluat dengan Muhyiddin,” katanya.

Kenyataan Zein itu turut disokong Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing.

Ini kerana apa yang dilakukan dua pemimpin itu jelas bertentangan dengan perlembagaan parti dan ia selayaknya dihukum.

Namun bagi, Naib Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, beliau mengambil pendekatan tidak mahu mencampuri urusan pemimpin tertinggi sebaliknya memilih untuk terus memberi fokus kepada ahli dan rakyat di peringkat bawah.

“Bagi saya Nazri Aziz sebagai pemimpin yang matang dalam UMNO biarlah dia dan MT lain yang menentukan nasib Muhyiddin dan Muhkriz. Kami di bawah menghormati segala keputusan, malah isu yang berlaku ini sama sekali tidak akan menjejaskan kedudukan UMNO,” katanya.

Tuesday 3 May 2016

Jangan perbodoh S'wak dengan Internet 4G lagi 5 tahun



Perdana menteri meneruskan lagi projek pembodohan kerajaan terhadap rakyat khususnya di negeri Sarawak.

Inilah bukti dan tanda kerajaan telah ketandusan idea untuk memajukan Sarawak.

Janji seperti ini hanyalah polemik murahan demi mendapatkan undi orang muda dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang ke-11.

Jelas mereka memberi layanan kepada rakyat Sarawak umpama mereka anak tiri.

Di semenanjung, Internet 4G ini telah hampir sebahagiannya boleh diakses.

Jika lima tahun lagi seperti janji PM, kami di semenanjung ketika itu telah menggunakan Internet 10G (jika ada), tetapi di Sarawak baru bermula 4G.

Apakah Sarawak akan sentiasa terkebelakang dari semua segi? Atau sengaja dikebelakangkan demi membiarkan rakyat Sarawak terus memberikan undi kemenangan kepada BN?

Persoalan ini perlu dijawab oleh semua rakyat Sarawak pada hari pembuangan undi nanti agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Cukup-cukuplah Najib dan kerajaan Malaysia atau Sarawak, pembangunan itu hak rakyat untuk kamu uruskan.

Sama juga seperti hasil mahsul negara, anda di sana untuk menguruskannya sebaik mungkin, bukan untuk "dipinjam" dan guna hingga negara ini lingkup.

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI pengarah komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).

Masa depan Malaysia bersama PAS dan IKATAN

Al-Abror Mohd Yusuf


Saya dapat membayangkan bagaimana lebarnya senyum Cikgu Anuar (bukan nama sebenar) ketika dia membaca berita tentang kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada 16 Mac lalu.

Beliau yang saya kenal ialah bekas orang kuat Umno Kulim - Bandar Baharu suatu masa dulu, iaitu ketika bahagian berkenaan diketuai Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (kini Tan Sri).

Tentu tidak adil untuk menganggap Cikgu Anuar mengetahui segala macam cerita Abdul Kadir.

Namun, sebagai bekas orang kuat bahagian dan pernah mengikuti Abdul Kadir berkempen memenangi hati masyarakat, masih tidak keterlaluan untuk membuat kesimpulan bahawa Cikgu Anuar boleh memahami dengan baik kelebihan bekas menteri pusat tersebut.

Kini Cikgu Anuar sudah bersara, pernah mengagumi PAS - dan kecewa - serta kini menjadi orang penting di Pulau Pinang.

Dalam keadaan itu beliau tetap meminati politik dalam negara.

Apabila PAS mengambil pendekatan bersahabat dengan IKATAN, saya tidak dapat memastikan apa perasaan sebenar Cikgu Anuar.

Sudah teruji sebelum ini

Barangkali kami boleh sependapat - PAS memasuki fasa baru yang segar, cerah dan amat menjanjikan melalui langkah strategik terpilih itu.

Berbanding IKATAN, apa sangatlah pengaruh dan kekuatan yang ada pada PKR dan DAP sekarang jika percaturan mengenai masa depan parti Islam itu diambil kira.

Tambahan pula ketika mereka melangkah penuh istiqamah untuk menuju Putrajaya melalui pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Bayangkan saja begini: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sembarangan orang. Orang nombor dua dalam kesatuan ulama dunia itu sudah teruji dengan pelbagai dugaan, termasuk menjadi menteri besar Terengganu selepas pilihan raya umum 1999.

Datuk Seri Adnan Yaakob sepatutnya malu dengan kemampuan Abdul Hadi menjadi menteri besar selama satu penggal (sebelum Terengganu jatuh semula kepada BN).

Beliau juga bukan orang asing bagi kerusi Parlimen Marang. Memanglah ada ketika beliau tewas kepada calon BN namun pada ketika lain dia menang juga.

Di belakangnya ada pula sebaris tokoh agamawan dan profesional yang bukan calang-calang. Sekadar menyebut beberapa nama - misalnya ada Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengepalai anak muda, Nasrudin Hasan sebagai ketua penerangan yang mantap dan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah yang dilihat bakal menjadi satu lagi ikon menteri besar di negara ini.

Jentik dalam grup WhatsApp

Tidak cukup dengan itu ada banyak lagi nama besar dalam Jawatakuasa Pusat PAS sekarang, seperti Zaharuddin Mohamad dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang pintar membaca gerak politik kontemporari.

Kehebatan Zaharuddin dapat dilihat apabila beliau dengan gagah mencabar Datuk Husam Musa berdebat, manakala Mohd Zuhdi masih dikenang ramai dengan formula jentik dan sembang grup WhatsAppnya.

Di sisi yang lain pula ada Abdul Kadir mengetuai IKATAN bersama barisan kepimpinan yang diyakini beliau.

Dengan membawa slogan "Bersatu Maju Adil Bahagia" IKATAN - dan Abdul Kadir (gambar) - boleh dianggap komponen terbaik untuk PAS mendepani cabaran semasa dalam negara.

Terlalu banyak yang dapat diharapkan oleh rakyat Malaysia jika Abdul Hadi bersama pemimpin atasan PAS berpakat dengan IKATAN untuk mencorakkan masa depan negara.

Pengalaman Abdul Kadir yang begitu lama dalam Umno dan menjadi menteri di pelbagai kementerian tentu bermanfaat untuk mereka mengorak langkah menyusun strategi menghadapi BN dan Pakatan Harapan.

Dalam ungkapan lain, BN wajib berasa bimbang - atau amat bimbang - dengan kemunculan blok ketiga pembangkang itu. Hegemoni BN mungkin akan berkubur kerana pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Seandainya Parlimen dibubarkan lebih awal, bermakna blok ketiga pembangkang itu semakin hampir menguasai Putrajaya. Dan biarkanlah DAP, PKR dan Parti Amanah Negara berputih mata.

Jika itu ditakdirkan menjadi kenyataan, benar sangatlah ayat kegemaran sesetengah penyokong PAS, iaitu "Kalau Allah berkehendak...."

Abdul Hadi mungkin menjadi perdana menteri. Ketika itu kita berpeluang melihat - atau mendengar - beliau berkhutbah di Masjid Negara atau di Putrajaya dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Keadaan menjadi lebih mudah jika Abdul Kadir diberi portfolio Menteri Komunikasi dan Multimedia. Sebelum ini pun beliau memang pernah diberi kepercayaan menjadi Menteri Penerangan.

Dan ketika itu saya mengidamkan waktu untuk menikmati teh tarik bersama Cikgu Anuar dan kami boleh bersembang tentang masa depan sastera dan budaya negara.

https://www.malaysiakini.com/news/334280

Najib sudah masuk campur urusan keputusan mahkamah dan benarkan rakyat Sarawak murtad

Najib Jamin Kes Murtad Rakyat Sarawak - Kata Adnan 

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan telah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.

Adenan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.

"Saya telah bercakap dengan perdana menteri hari ini mengenai perkara itu, yang memberi saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik," kata Adenan dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, kolumnis Stephen Ng dalam komennya di Malaysiakini mengkritik Adenan dan mempersoalkan sama ada penganut Kristian akan mengundi ketua menteri itu dengan 'hati yang tulus', dengan memetik kes Rooney yang tidak dapat diselesaikan.

Adenan dalam kenyataan itu memohon maaf atas kelewatan mengumumkan resolusi kes itu.

"Saya mesti memohon maaf atas kelewatan kerana saya hanya mendapat tahu mengenai perkara itu hari ini," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.

Ia mengarahkan JPN menukar nama pemohon di kad pengenalan yang menyatakan "Azmi Mohamad Azam" kepada "Rooney Rebik" dan mengakui agamanya sebagai agama Kristian.


JPN menegaskan bahawa Azmi memerlukan surat pelepasan daripada Mahkamah Syariah untuk menukar agamanya tetapi Mahkamah Tinggi di Kuching tidak bersetuju.

Ibu bapa Rooney telah memeluk agama Islam ketika dia masih kecil.

Walaupun diiktiraf secara rasmi sebagai seorang muslim, Rooney bagaimanapun mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.

Pada 22 April, JPN memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Sumber Malaysia Kini 

Jika dilaksanakan PERINTAH GAJI MINIMA dianggarkan 30,000 pekerja hilang pekerjaan


KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa berikutan cabaran ekonomi semasa.

"Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan 'retrenchment' sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini berikutan keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Shamsuddin berkata, pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan. - Bernama

Monday 2 May 2016

Switzerland Temui Bukti Wang 1MDB Biayai Filem 'Blue' Anak Rosmah


Red Granite, firma Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz menafikan sebarang aktiviti ‘meragukan’ berikutan siasatan Switzerland mendapati sebuah syarikat penerbitan filem menerima dana 1MDB.
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata mereka mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem.”
"Tidak pernah ada apa-apa yang meragukan mengenai mana-mana aktiviti Red Granite Pictures atau perniagaan Riza Aziz.
"Apa yang mereka lakukan dan akan terus lakukan adalah membangun dan menghasilkan filem-filem yang berjaya dan terkenal yang telah menjana lebih daripada AS$825 juta menerusi pendapatan box office di seluruh dunia," kata seorang jurucakap Red Granite kepada Finance Times.
Pejabat Peguam Negara Switzerland sedang menyiasat aliran dana pembayaran AS$3.5 bilion yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar BVI, sebagai sebahagian daripada pembelian loji kuasa Genting Tanjong.
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata mereka percaya dana berkenaan memberi manfaat kepada "sebuah bekas firma 1MDB" dan dua pegawai UAE yang berkaitan dengan International Petroluem Investment Corporation milik Abu Dhabi dan Aabar.
1MDB berkata firma itu memindahkan dana kepada Aabar BVI selepas diberitahu oleh pengarah urusan IPIC ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan Pengerusi Aabar Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah sebuah anak syarikat IPIC.
Walau bagaimanapun, IPIC dalam kenyataannya kepada Bursa Saham London Isnin lalu memaklumkan bahawa ia tidak memiliki Aabar BVI.
Red Granite memberitahuNew York Times pelabur utamanya ialah tokoh perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahamd Badawi Al-Husseiny.
The Wall Street Journalmelaporkan dana 1MDB sebanyak AS155 juta dibelanjakan bagi pembikinan filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street'. 1MDB menafikan perkara ini.
http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/04/switzerland-temui-bukti-wang-1mdb.html

Benarkah MUKHRIZ & MUHYIDDIN dikatakan tak cerdik langkah politik mereka??

KEDUANYA DIKATA TAK CERDIK


KECERDIKAN dan pejuangan tidak semestinya duduki kerusi dalam kerajaan, malah yang duduk di kerusi pembangkang juga namanya berjuang sebab baik pemerintah ada pembangkang ada peranan masing-masing.

Kejayaan kepimpinan seseorang itu bukan macam mengukur adanya satu bangunan atau jalan raya tetapi bersuara dan membantai rasuah, perbuatan jahat, bobrok juga satu perjuangan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli agama yang membawa kesedaran dan kebenaran.

Merubah minda/pemikiran manusia tidak semudah membina jalanraya yang bisa siap esok hari tetapi merubah pemikiran dan cara manusia berfikir memerlukan masa bertahun yang kekadang ada sampai 1000 tahun atau lebih dari itu.

Dunia barat kala dulu memang gelap tetapi kesan raja Peranchis kedua yang belajar di andalusia terjemah semua buku karyawan Islam seperti Ibu Kindi, Sina dan banyak lagi di zaman Andalusia abad 4-11 ke bahasa barat barulah barat bercahaya dan menjadi seperti yang ada sekarang.

Ramai pemimpin terhebat di dunia kena penjara kesan berani pejuangkan sesuatu yang benar seperti Mandela/sepanjang usianya dalam penjara dan akhirnya kesan kesedaran ada di kalangan bangsanya maka bangsanya merdeka dan ia sempat duduki kerusi nombor satu dan dunia puji dia.

Keadaan yang saya maksudkan sama juga apa yang dihadapi olehj Anwar Ibrahim banyak masanya dalam penjara, padahal kalau dia mengampu dan menjadi pak turut sudah pasti dia berjaya duduki kerusi Perdana Menteri yang menjadi idaman semua orang.

Mantan TPM dan MB Kedah ada yang mengatakan tidak cerdik hingga terlepas jawatan dan kenyataan itu sebenarnya tidak benar. Kalau memang mereka tidak cerdik dan bodoh, mana mungkin mereka berjaya duduki kerusi TPM dan menteri besar Kedah.

Mereka dipecat dan satu berhenti bukan kerana mereka tidak cerdik sebalik merekalah bijak tidak mahu bersubahat dengan pemimpin yang rasuah salah guna kuasa sebab di dunia mereka bahagia tetapi di akhirat siap akan ditanya oleh Allah. Nampak itu?

Mereka melawan dan dipecat/dipaksa turun kerana mereka tidak mahu bersubahat dan tidak mahu berdosa itu makna mereka berdua bijak dan perlu dijelaskan menilai perjuangan seseorang itu tidak semestinya melalui jawatan sebalik kita lihat apa yang ia perjuangkan.

Nabi kita dihina sejak lahir, hingga dewasa malah sehingga wafatnya juga dihina dan kala wafatnya dia tidak meninggalkan istana raja atau segala ladang unta atau tanah berjuta ekar dan dia wafat tanpa apa-apa/yang ada hanyalah kesan agama islam itu sendiri melebar ke seluruh dunia. Nah, apakah kerana tidak kaya seperti para menteri kita Nabi tidak cerdik?

Sekadar catatan petang untuk semula kita menilai sejauh mana pejuangan kita sebenarnya dalam masa kita hidup ini.

ISMAILY BUNGSU
2 mei, 2016
6:00pm

Benarkah Populariti Adenan mampu raih undi kaum Cina..??


Adenan Satem

SIBU - Calon langsung BN bagi kerusi Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, populariti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan membantu parti itu meraih undi masyarakat Cina pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Beliau percaya masyarakat Cina akan sedar bahawa adalah penting untuk bersatu dengan BN untuk penyertaan lebih besar dalam kerajaan.

"Saya berharap sokongan masyarakat Cina akan beralih semula kerana pada masa ini, trend politik sangat tidak sihat apabila kaum Cina berada di luar arus perdana arena politik di mana Bumiputera ada dalam kerajaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis perjumpaan dengan masyarakat di Tanjung Penasu dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Kamariah Mohd Noah.

Soon Koh berkata, beliau sudah bersedia menghadapi PRN-11 Sabtu depan, dan hampir 90 peratus kawasan Dun yang ditandinginya itu, sudah dilawati selepas tujuh hari berkempen.

"Saya berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan setakat ini. Seminggu selepas penamaan calon, saya sudah melawat kebanyakan kawasan masyarakat Cina di luar bandar dan lebih 100 rumah panjang di Bawang Assan," katanya.

Soon Koh akan terbabit dalam pertandingan lima penjuru di kerusi Bawang Assan, dan percabarnya termasuk bekas anggota Majlis Tertinggi PBB Watson Bangau ak Jonathan Renang yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding di kawasan berkenaan adalah Wong Sin Wei daripada STAR, Chiew Sung Ngie (DAP) dan seorang lagi calon Bebas, Yeu Bang Keng.

Ditanya mengenai peluang lawannya terutama Watson, Soon Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat serta Menteri Kewangan Kedua Sarawak, berkata beliau tidak akan mengambil mudah cabaran tersebut.

"Sudah tentu, saya tidak akan memandang rendah cabaran daripada Watson Bangau. Beliau sebelum ini tokoh penting dalam PBB, beliau juga pernah menjadi setiausaha politik kepada ketua menteri, dan datang daripada keluarga berpengaruh," katanya.

Bawang Assan menyaksikan sejumlah 18,340 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini, dengan 55.1 peratus adalah pengundi Cina, 38.8 peratus Iban, 5.3 peratus Melayu dan 0.8 peratus kaum-kaum lain. – Bernama

Sunday 1 May 2016

Mukhriz - Pihak JASA Menipu Rakyat Dalam Kes 1MDB !




Video adalah sedutan ucapan Mukhriz dari Majlis Bicara Selamatkan Malaysia di Johor Baru dua malam lepas ( KLiK ).

Mukhriz telah mengenal pasti antara lain 3 jawapan SALAH yang diberikan dalam buku terbitan JAS - 1MDB, Siapa Kata Tidak Dijawab ? setelah beliau membandingkan jawapan JASA dengan fakta yang dibentangkan oleh PAC dalam pembentangan laporan parlimen baru ini.



KLiK untuk ke Youtube.

soalan no 11 - Benarkah USD700 juta dari pelaburan dalam Petrosaudi lesap dan dimasukkan ke dalam akaun Goodstar milik Jho Low ? .... Jawapan JASA - Tidak benar.

 
Mukasurat 25 dalam laporan PAC disebut, pada 30 September ... ( saya prinskrin bahagian berkenaan dari lapuran PAC -





Maksudnya, ini satu penipuan.

Kemudian, soalan nombor 6, ditanya benarkah dakwaan Tun Mahathir bahawa RM27 bilion lesap ? Jawapannya - Tidak ....

Kemudian diletak satu jadual, dihuraikan ke mana duit2 ni semua pergi. Dan salah satu yang disebut di sini, 4.2 bilion Aabar Investments deposit. Baru dua tiga minggu lepas, IPIC dan Aabar telah mengeluarkan kenyataan - dia tak terima duit ini.

Entah ke mana pergi, hilang. Lesap. Tapi dalam buku ini ia kata, tidak benar lesap. Itu penipuan juga.


Ada saya tulis artikel mengenai ini - KLiK dan saya copy perenggan yang penting dari kenyataan IPIC itu -

Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group.  Further, both IPIC and Aabar confirm that neither has received any payments from Aabar BVI nor has IPIC or Aabar assumed any liabilities on behalf of Aabar BVI. 

Soalan nombor 16, benarkah 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority (TIA) dan mencagar telaga minyak Terengganu ? Jawapan dia - Tidak Benar Sama sekali !

 Saya prinskrin laporan PAC -





Rupa2nya memang benar penipuan.Tipah tertipu lagi.

Itulah sebabnya rakyat sudah tidak lagi tahan dengan penipuan demi penipuan daripada jawapan2 yang diberikan oleh pelbagai orang termasuk Perdana Menteri sendiri.

                                            ********************************

Bulan lepas kita diberitahu melalui jawapan di parlimen, kerajaan telah membelanjakan lebih RM600 ribu 

( KLiK ) untuk terbitkan buku "1MDB - Siapa Kata Tidak DiJawab" itu.

Nah .... bukan saja tidak menjawab secara telus, malahan pihak JASA yang bertanggungjawab terbitkan buku itu pula terbukti MENIPU dalam beberapa jawapan yang diberikan !

Apa tugas utama JASA ni ? Memberi penerangan kepada rakyat akan isu2 semasa atau membela Najib dan 1MDB walaupun terpaksa menipu ?

Kalau dikatakan yang pihak Jasa sendiri tidak mendapat maklumat sebenar mengenai persoalan2 yang dilontarkan, adakah itu bermakna yang Jasa telah memandai2 jawab sendiri tanpa merujuk kepada 1MDB ? Atau sebenarnya 1MDB yang menipu menggunakan Jasa ?

Pelik sungguhla 1MDB ni ..... tak pernah2 berlaku dalam sejarah negara kita berlaku kes seperti 1MDB ini ! Benda yang terang2 merugikan negara, memalukan negara dan kemungkinan besar bakal berdepan dengan dakwaan2 pihak penyiasat antarabangsa akan salahlaku kewangan yang turut melibatkan nama Najib malah terbukti melesapkan berbilion ringgit wang rakyat .... TAPI kerajaan dan pemimpin2 Umno semuanya senyap.

Langsung tidak ada teguran atau pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut .... semuanya angguk2 macam patung ! Dah kena mandrem ke apa ?


SUMBER : KLIK SINI

Kerajaan Najib tarik balik khidmat polis pengiring bermotorsikal untuk mantan PM Tun Mahathir

Nazri: Pengiring Mahathir patut ditarik lebih awal

Gambar Hiasan

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya ditarik balik sejak dulu lagi.

Kata Nazri, khidmat kawalan itu tidak wajar diberikan kepada bekas perdana menteri terbabit kerana tokoh berkenaan diiringi ke majlis memburuk-burukkan kerajaan.

“Tindakan menarik balik escort (polis pengiring) Tun M bukan keputusan yang mengejutkan kerana dia tidak bersikap sebagai seorang idealistic man," katanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, khidmat kawalan pengiring itu sepatutnya diberikan untuk menjaga keselamatan Mahathir.


Bagaimanapun kata Nazri, beliau beranggapan Mahathir "memilih untuk membahayakan diri" beliau.

Bahaya itu pula, kata Nazri, ditempah oleh Mahathir sendiri.

"Saya rasa tidak kena (sesuai) berikan dia escort kerana dia hentam kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini.

"Saya rasa keputusan ini (menamatkan khidmat polis pengiring) sepatutnya sudah lama dibuat,” katanya.

Nazri ditemui media di Sekolah Kebangsaan Kampung Buntal, Kuching.

Sebelum ini, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menerusi blognya berkata khidmat pengiring polis bermotosikal Mahathir ditarik balik.

Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat, diberikan keistimewaan itu selepas beliau meletak jawatan pada 2003.

Cadang tendang naib ketua bahagian

Mahathir juga menjadi antara individu yang paling lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan secara terbuka - dan berkali-kali - selain mendesaknya meletak jawatan.

Sementara itu Nazri berkata Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Hamidi Abu Bakar boleh mengikut jejak tiga 'pemberontak' parti, iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, beliau boleh meminta seseorang dalam Umno untuk mencadangkan supaya Hamidi turut "ditendang" daripada parti.

“Pergilah sertai mereka, saya cabar dia untuk menyertai mereka (kumpulan penentang perdana menteri), dan lihat sama ada ia akan bawa malapetaka atau tidak,” katanya.

Nazri mengulas kenyataan dibuat Hamidi sebelum ini yang menjangkakan Umno bakal ditimpa malapetaka jika 'pemberontak' parti berkenan dipecat.

Tidak seperti Mahathir, Muhyiddin, Mohd Shafie dan Mukhriz masih menjadi ahli Umno walaupun lantang menentang Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir tidak dipecat daripada Umno sebaliknya mengumumkan keluar dari parti itu Februari lalu.

Nazri sebelum ini berhasrat untuk mengemukakan usul supaya Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno pada mesyuarat MT parti selepas pilihan raya Sarawak.

Nazri turut berkata, Mohd Shafie yang sebelum ini tidak melanggar mana-mana peraturan Umno, dilihat melampaui batas apabila menghadiri program "Bicara Isu Semasa" bersama-sama Mahathir di Jitra, Kedah.

Kata Nazri, Mahathir sekarang berada di pihak pembangkang dan menunjukkan Mohd Shafie juga sudah melampaui batas dan akan ditendang keluar dari Umno.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive